Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ulasan Media: Elyana menjadi menerusi Jadi Diriku

Go down

Ulasan Media: Elyana menjadi menerusi Jadi Diriku Empty Ulasan Media: Elyana menjadi menerusi Jadi Diriku

Post  HaRFeeQue Wed Mar 19, 2008 2:39 pm

Trek Susan, Bintang Popular, Berita Harian

Lagu Niat bukan saja menjadi langkah kanan dalam kerjaya nyanyian Elyana, ciptaan Patrick Khamis, namun melonjakkan namanya yang ketika itu baru berusia 14 tahun. Semestinya nafas baru diberikan menjadikan Niat tampil sederhana rancak berbanding rentak asalnya yang lebih perlahan.

Kasih Berkalih Tuju mempersoalkan hal berkaitan cinta yang beralih arah. Ditampilkan dalam nada rancak juga ciptaan Aidit. Bait liriknya menarik juga untuk direnungkan antaranya: “Takdirnya kita begini. Andai cuba harungi jua hanyalah menongkah arus. Cinta berakhir di sini. Takdirnya kita begini. Kau dan aku. Hanya penumpang bahtera. Yang bukan milik kita.”

Kalau saya diminta memilih, Syukur Ku Sedar patut jadi single ketiga untuk album ini. Rona melodi yang diberikan menimbulkan kesan dramatik, menyenangkan dan nada yang agak balada mampu mengumpan kerana melodinya kira berhantu juga jika diulang dengar.

Mendengarkan Jambatan Mana dengan nada modern rock yang cukup dinamik pada korusnya, barangkali sesetengah pendengar boleh meneka ia sentuhan Tam. Sementara itu, Kujadi Teman dan Hati Bentuk Cinta pula tidak terlalu menonjol dari segi muzik sekadar boleh layan saja.

Album ini semestinya jadi refleksi bagaimana Elyana mahu diri, identiti dan muziknya diterima seadanya.

HaRFeeQue
Admin

Posts : 38
Join date : 2008-03-11
Age : 39
Location : Puchong, Selangor

http://harfeeque.multiply.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum