Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Intro Diskografi

2 posters

Go down

Yang mana album Elyana yang paling best?

Intro Diskografi Vote_lcap0%Intro Diskografi Vote_rcap 0% 
[ 0 ]
Intro Diskografi Vote_lcap0%Intro Diskografi Vote_rcap 0% 
[ 0 ]
Intro Diskografi Vote_lcap0%Intro Diskografi Vote_rcap 0% 
[ 0 ]
Intro Diskografi Vote_lcap100%Intro Diskografi Vote_rcap 100% 
[ 3 ]
 
Total Votes : 3
 
 

Intro Diskografi Empty Intro Diskografi

Post  HaRFeeQue Sat Mar 15, 2008 9:59 pm

ELYANA muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album Satu pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana membuat eksperimen menerusi muzik pop rock sentuhan Tam Spider, berjudul Cahaya Gelita.

Masih bersekolah di tingakatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini, ELYANA menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004. Sehingga kini, dia telah merakamkan empat album solo.

Album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama penyanyi ini. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antara yang paling diingati ialah lagu Tak Tercapai Akalmu. Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang belainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu, mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-21 pada Januari 2007.

Rentetan kejayaan itu, Elyana dan Aidit Alfian kini mempertaruhkan album terbaru berjudul Jadi Diriku yang muncul pada bulan November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia. Menampilkan lagu-lagu segar dan unik seperti Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) dan kini Kalis Rindu, album Jadi Diriku menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.

Sekadar info, Elyana juga vokalis bersama kumpulan rock Coco. Menerusi album Bicara Mata Ini, Coco terlibat secara langsung dalam pembikinannya. Coco pernah mengeluarkan album bersama vokalis lelaki pada 2005, popular dengan lagu Belum Terpisah. Setakat ini Elyana belum pernah merakamkan album penuh bersama kumpulan Coco.Selain itu, Elyana juga berhubungan baik dengan kumpulan-kumpulan rock underground yang lain seperti Hujan, Meet Uncle Hussein, The Fish, The Times dan Maggots.

HaRFeeQue
Admin

Posts : 38
Join date : 2008-03-11
Age : 39
Location : Puchong, Selangor

http://harfeeque.multiply.com

Back to top Go down

Intro Diskografi Empty Re: Intro Diskografi

Post  sokmogitu Thu Apr 10, 2008 6:51 pm

First album Elyana aku beli, masa tu Elyana dapat nominasi dalam AIM 2002 untuk artis harapan. Beli sebab seriau dengar sore unik minah ni. Tapi album tu tahap biasa-biasa je. Suka lagu Rela, Ironi, Hasrat, Suka & Katakan. Lagu Katakan, kalau rakam balik, kasi rock lebih sikit. Elyana nampak enjoy nyanyi lagu tu.

suka lagu CAHAYA GELITA & KU PUNYA WAKTU dalam album Segalanya. Kalau rakam balik, kasi cantik sikit rakaman yer. Lagu dah sedap, tapi rakaman hancus.

Album BMI aku beli. Suka semua lagu, kecuali lagu Andai Milik Kita & Seribu Pilu. Tak layak langsung masuk senarai. Paling suka lagu Pakai Kanta Cinta & Biasa. Lagu lain, semua dah sedia maklum best kan? hehehe

For sure, Jadi Diriku ialah album terbaik from Elyana. Harap2 next album, boleh buat lagi baik! Basketball

sokmogitu

Posts : 14
Join date : 2008-03-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum