Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Intro Filmografi

Go down

Intro Filmografi Empty Intro Filmografi

Post  HaRFeeQue Sun Mar 16, 2008 12:33 am

Sehingga 2008, ELYANA telah muncul dalam 3 buah filem, serta sebuah drama bersiri dan satu produksi untuk VCD.

Pada mulanya, Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriaty Omar pada tahun 2003 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja – Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-19.

Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blockbuster berjudul Dukun. Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani pengambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh aktres tersohor Malaysia, Umie Aida. Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walaubagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini diharamkan tayangan kerana dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, Mona Fandey.

"Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej Elyana juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album Bicara Mata Ini dan Jadi Diriku"


Karier lakonan Elyana tidak berakhir disitu. Pada 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam siri TV komedi remaja berjudul Dunia Baru terbitan Grand Brilliance. Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV paling tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton. Dalam Dunia Baru, Elyana memegang watak utama sebagai Sofia atau Opie, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasa dirinya tidak sempurna. Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga menggunakan lagu Pakai Kanta Cinta dari album Bicara Mata Ini sebagai lagu tema.

Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. Elyana juga sudah serasi dengan watak Opie dalam drama ini.

Tidak hanya di TV, pada Febuari 2008 ini, Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The Movie. Filem arahan Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa bintang komedi seperti Opie Zami dan Kancana Devi.

HaRFeeQue
Admin

Posts : 38
Join date : 2008-03-11
Age : 39
Location : Puchong, Selangor

http://harfeeque.multiply.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum