Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ulasan Media: Kematangan Elyana menerusi Jadi Diriku

Go down

Ulasan Media: Kematangan Elyana menerusi Jadi Diriku Empty Ulasan Media: Kematangan Elyana menerusi Jadi Diriku

Post  HaRFeeQue Wed Mar 19, 2008 2:47 pm

Utusan Malaysia
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

PERJALANAN seninya bukanlah semudah yang disangka. Bermula menjadi anak seni ketika usianya baru 14 tahun dan ketika teman seperjuangannya yang lain sibuk menelaah pelajaran, dia memperjudikan masa depan demi minatnya yang cukup mendalam pada bidang nyanyian.

Selepas hampir enam tahun menjadi anak seni, Erneelya Elyana Emrizal, 20, atau lebih popular dengan panggilan Elyana pasti boleh berbangga dengan kedudukannya sebagai antara artis remaja popular tanah air.

Bermula dengan lagu Niat ciptaan Patrick Khamis dan seterusnya meledak lewat lagu Tak Tercapai Akalmu. Lagu tersebut berjaya melonjakkan nama anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini, ke puncak populariti sementelah lagu tersebut berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-21 dalam kategori pop rock awal tahun ini.

Selepas tampil dengan tiga buah album iaitu Elyana Satu (2002), Segalanya (2003) dan Bicara Mata Ini (2005), kini Elyana dengan langkah yang cukup yakin mampu memikat pendengar tempatan dengan bingkisan terbarunya, Jadi Diriku.

Single pertamanya, Kau atau Aku (Main Tarik Tali) berjaya meletakkan lagu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad itu dalam kedudukan kemas carta lagu popular tanah air masa kini.

Single keduanya pula, Kalis Rindu juga kini sudah mula mencuri perhatian dengan lagunya yang berirama ala reggae dan ska serta ditambah dengan lenggok vokal Elyana yang begitu cocok dengan lagu berirama sedemikian.

Elyana yang ditemui sejurus selepas pelancaran album Jadi Diriku di Planet Hollywood baru-baru ini berkata, dia sendiri tidak menyangka dengan perubahan yang dilakukan sejak album Bicara Mata Ini berjaya memikat pendengar dan sedikit demi sedikit mengumpul peminat baru.

“Alhamdulillah, apa yang saya cari dan idamkan selama ini sudah berjaya. Setakat ini, saya memang berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan. Album Jadi Diriku pada saya lebih matang dari segi muzik, lirik serta penyampaian saya.

“Namun begitu, saya tidak boleh terus bergoyang kaki dan berasa selesa dengan apa yang telah dikecapi kini. Saya akan terus berusaha lebih keras demi memantapkan lagi kedudukan saya di persada seni,” jelasnya bersungguh.

Pemenang Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular 2002 itu turut melahirkan rasa syukurnya kerana dipertemukan dengan Aidit Alfian selaku penerbit yang begitu bijak mencorakkan albumnya.

Elyana yang juga merupakan bekas calon Artis Harapan AIM 2003 itu memberitahu, hatinya masih lagi mencintai dunia nyanyian meskipun dia juga sedang mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

“Mungkin kerana saya tampil dalam drama bersiri Dunia Baru sejak musim pertama sehinggalah musim ketiga ini, ramai yang menyangka saya menjadikan lakonan sebagai kerjaya utama saya tetapi sebenarnya tidak.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baru dan mana tahu selepas ini, saya akan tampil sebagai pencipta lagu dan lirik pula. Apa-apa pun, saya tidak mahu terlalu terburu-buru dan mahu melakukan setiap perkara dengan perlahan,” jelasnya yang terkenal dengan watak Opie dalam Dunia Baru itu.

Bagi Aidit Alfian sendiri, dia tidak mempunyai masalah yang besar untuk menerbitkan album Elyana kerana apa yang perlu dilakukannya hanyalah mengkaji diri seseorang penyanyi itu.

“Apa yang saya mahu pendengar mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh Elyana kerana nyanyian juga seperti berlakon. Sememangnya, saya berpuas hati dengan apa yang telah dipersembahkan oleh Elyana menerusi album ini,” kata Aidit yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2003 menerusi lagu Keliru.

Dalam majlis itu juga, Elyana sempat menghiburkan hadirin dengan lima buah lagu terbarunya iaitu Molek, Bukannya Satelit, Kalis Rindu, Syukur Kesedar dan Kau atau Aku (Main Tarik Tali).

HaRFeeQue
Admin

Posts : 38
Join date : 2008-03-11
Age : 39
Location : Puchong, Selangor

http://harfeeque.multiply.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum