Ulasan Media: Jadi Diriku taruhan terbaru Elyana

View previous topic View next topic Go down

Ulasan Media: Jadi Diriku taruhan terbaru Elyana

Post  HaRFeeQue on Wed Mar 19, 2008 2:42 pm

Utusan Malaysia
Oleh: NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

NAMA Elyana memang sudah terkenal di kalangan masyarakat umum terutama sekali di kalangan remaja. Album keempat penyanyi berusia 20 tahun ini iaitu Jadi Diriku baru saja berada di pasaran.

Album yang memuatkan 10 buah lagu itu menerima sentuhan komposer terkenal iaitu Aidit Alfian, Patrick Khamis, Tam Spider dan Marlin. Sementara penulis liriknya pula terdiri daripada Ad Samad, Loloq dan Seri Batrisya.

Elyana yang dihubungi baru-baru ini berkata, “Konsep album Elyana yang terbaru sama dengan album yang lepas iaitu moden rock.

“Keistimewaan album Elyana kali ini ialah dari segi olahan muzik yang lebih matang dan lebih bertenaga,” katanya.

Menurut Elyana, dia mengambil masa sebulan lebih untuk menyiapkan albumnya itu berikutan masa dan jadual aktiviti seninya yang berbeza dengan komposer dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album tersebut.

“Saya memang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada para peminat dalam album ini. Jadi, harap-harap hasilnya dan penerimaan peminat memberangsangkan,” ujar penyanyi yang telah membuktikan bakat lakonannya dalam drama TV bersiri Dunia Baru ini.

Penyanyi yang pernah mewakili Malaysia ke pertandingan Voice Of Asia 2003 ini terkenal dengan imej berkaki ayam ketika membuat persembahan pentas. Memulakan kariernya sebagai penyanyi ketika berusia 14 tahun, Elyana dikenali menerusi lagu ciptaan Patrick Khamis iaitu Niat yang dimuatkan dalam album kompilasi, Pilihan Bistari Patrick Khamis pada 2001.

Karier Elyana terus bertapak apabila dia mula menghasilkan album solo pertamanya iaitu Elyana Satu pada tahun 2002 dan popular menerusi lagu-lagu ciptaan Patrick Khamis iaitu Rela dan Ironi.

Seterusnya sekitar tahun 2003, Elyana muncul dengan album kedua, Segalanya dan popular dengan lagu Sandiwara.

Sekitar tahun 2005 Elyana muncul kembali menyemarakkan industri muzik dengan album ketiganya Bicara Mata Ini. Antara lagu yang menaikkan nama Elyana menerusi album tersebut ialah Tak Tercapai Akal Mu.

Jadi Diriku menjanjikan kelainan dari segi muzik. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Jadi Diriku ini termasuklah Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), Kalis Rindu, Syukur Ku Sedar, Niat 2008, Hati Bentuk Cinta dan Molek.

Walaupun album tersebut baru sahaja berada di pasaran namun, single Kau Atau Aku atau Main Tarik Tali sudah pun mesra di kalangan peminat seni tanah air apatah lagi single tersebut seringkali diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

HaRFeeQue
Admin

Posts : 38
Join date : 2008-03-11
Age : 32
Location : Puchong, Selangor

View user profile http://harfeeque.multiply.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum